Bismillah 5 : Rawat Diri

Bismillah 5 sangat bagus jika diamalkan. Banyak kelebihan dan khasiatnya untuk amalan harian. Boleh membantu merawat diri, menyembuhkan segala penyakit dan juga sebagai pendinding diri. Bacalah dengan ikhlas. Mia doakan agar dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan doa anda. 

Marilah sama-sama kita beramal...

klik pada gambar untuk besarkan

"Bismillaahir rohmaanir rohiim. Bismillaahisy syafi. Bismillaahil kaafi. Bismillaahil mu’aafi. Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim"

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Dengan nama Allah yang penyembuh
Dengan nama Allah yang mencukupi segalanya
Dengan nama Allah yang memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namaNya samada kejahatan di bumi mahupun di langit. Dia amat maha mendengar lagi maha mengetahui

Kelebihannya :
  1. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  2. Penawar penyakit gila meroyan
  3. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  4. Melegakan bengkak dan benjol
  5. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan
  6. Terpelihara daripada bahaya dan musuh
  7. Menghalang gangguan jin dan syaitan
  8. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya
muhasabah diri... di tengah malam hari...

Post a Comment

46 Comments

  1. bagus ni.sy pon slalu gak amalkan ni termasuk bismillah 6

    ReplyDelete
  2. seronok bila ajar budak2 kecik baca bismillah ni.. siap nyanyi2 lagi.. comel je dengar mereka berusaha menghafal.. ^__^

    ReplyDelete
  3. perkongsian menarik di hari jumaat.....

    ReplyDelete
  4. time kaseh atas perkongsian nih.. sgt bagus untuk diamalkan..sama2 lah kita.. :)

    ReplyDelete
  5. salam kalau tak salah saya orang yg amalkan bismillah 5 ni kalau lalu dekat dengan orang yg buat tapai, tapai tu nanti tak jadi ..wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Banyak kelebihannya ye...
    Thanks for sharing kak mia... =D

    ReplyDelete
  7. nice., banyak kelebihan bismillah ni., salam jumaat kak Mia., :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    perkongsian yg sangat baik
    trima kasih...

    ReplyDelete
  9. emmmm baru tahu..boleh amalkan ni...utk rwt diri sndiri dgn kuasa Allah:)

    ReplyDelete
  10. Baguskan kak mia.Saya pula selalu baca bismillah 6. ^___^

    ReplyDelete
  11. Subhanallah kak.. bru saya tau bismillah 5 ni.. biasa bc, tp xde la nk baca lima sekaligus.. hehe insyaAllah pasni leh praktik bc 5 terus kan.. terima kasih kak, smg pahala org yg amalkan ada bahagian utk akak :)

    ReplyDelete
  12. terima kasih kak mia atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete