THE CROODS 3D : REVIEW FILEM


Semasa cuti sekolah minggu lepas, hari Jumaat 29 Mac 2013, Mia dan Suami Mia telah bawa Sofea tengok wayang (pawagam) di MBO Cinemas UMall Skudai. Sebelum ini, Mia dating berdua dengan Suami Mia. Kali ini bertiga pula dengan Sofea.

Sofea memang suka dengan kartun dan Mia pula memang suka kalau yang ada sentuhan 3D. Suami Mia ikutkan sahaja.

Jom tengok Sofea posing dulu dengan poster The Croods In 3D...




Filem animasi The Croods In 3D daripada Dreamworks Animation ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang begitu primitif dan menghuni di gua. Macam ala-ala kartun Flintstone. Sukar untuk menerima perubahan baru. Nampak ganas mereka ini. Anak perempuan, Eep pula telah bertemu dengan Guy, jejaka yang agak genius dan kreatif. Sehinggalah berlaku gempa bumi terpaksalah mereka semua menjelajah ke dunia baru. Macam-macam yang ditemui mereka di saat mereka sedang belajar mengadaptasikan diri dengan dunia luar yang terlalu begitu asing buat mereka. Memang best dan ada juga lawak.

Di babak akhir, banyak adegan yang mencemaskan ketika mereka hendak pergi ke tempat yang lebih selamat. Pengorbanan besar seorang ayah, Grug demi menyelamatkan ahli keluarganya terlebih dahulu dan bagaimana dia mendapat idea yang sungguh bernas untuk menyelamatkan dirinya dan haiwan lain yang dijumpainya. Akhirnya, mereka bertemu dan hidup bahagia di penempatan yang baru dan lebih selamat.

Pada pendapat Mia, memang best filem ini. Sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Banyak mesej tersirat dan tersurat yang disampaikan. Sayangilah keluarga kita..

sukanya Sofea, bila kali pertama tengok wayang... baru sempat nak buat entri ini...

Post a Comment

39 Comments

  1. mmg best muvee ni...sy tgk 2x aritu..hehe

    ReplyDelete
  2. wah.... deno belum tengok lagi.... lagu latar cerita ini Yuna yang nyanyi kan?

    ReplyDelete
  3. daripada review ni mmg agak menarik citer ni...hehe sy belum sempat tgk lagi ni...

    ReplyDelete
  4. nak bawak anak pergi tgk movie nie...

    ReplyDelete
  5. kelakar cara dorang amek gambar keluarga..hahahah

    ReplyDelete
  6. belum tgk lg tp rmai ckp cite ni best~

    ReplyDelete
  7. belum tgk lagi,,
    tapi mesti bestkan,,

    ReplyDelete
  8. Seronoknya sekeluarga keluar menonton wayang.

    ReplyDelete
  9. Kt sini tak blh tgk wayang... errmmmm...

    ReplyDelete
  10. Mmg best sgt The Croods ni kan kak Mia...my Khalish pun enjoy masa layan ari tu...

    ReplyDelete
  11. seronoknya tengok gaya sofea tengok wayang :)

    ReplyDelete
  12. MV nak tengok filem ni...tapi my wani mesti kecoh..huhu

    ReplyDelete
  13. Orang kata best...sesuai tuk budak2 ...tak tengok pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita2 ni pun bagus juga tengok.. memang best citernya.

      Delete
  14. dalam x pg cinema kak mia..inshaa allah gaji akan dtg.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo pergilah nanti dengan kawan2 shida.. ;) tentu seronok..

      Delete