image Bila Berbalas Komen Dengan Pantun - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 15 April 2013

# Community

Bila Berbalas Komen Dengan Pantun

Seperti biasa, Mia akan membalas komen  entri di blog bila ada waktu terluang. Ternyata cukup tercabar apabila Kak Ummi menjual pantun dalam ruangan komen. Aduhai... nak balas dengan ayat biasa ke... nak beli pantun Kak Ummi?

Sayang halia di korek dihiris
Kelapa tua di belah busuk
Sayang Mia sicantik manis
Apa petua tolonglah tunjuk

Hmmmm... lama juga termenung mencari idea nak merangka pantun yang hendak dibeli. Bukan selalu dapat peluang untuk berpantun ni. Maka, setelah fikir punya fikir dapatlah idea sedikit walaupun tidak sehebat pantun Kak Ummi... Mia pun menyusun kata...

baca komen sambil ketawa
terus membalas tidak terkira
tiada rahsia tiada petua
ikhlas berblog dan ramah mesra

Jemput tengok printscreen komen Kak Ummi di ruang komen entri Blog Ini Telah Melebihi 45,000 Komen.


Akhirnya terjawab sudah pantun Kak Ummi... Leganya....

jemput berkenalan dengan Kak Ummi ya...

60 comments:

  1. hehe.. sy minat sungguh pantun.. dan suka reka pantun... hehe...

    ReplyDelete
  2. kelip kelip ku sangka kan api
    terang bulan cahayanya gemilang
    cubit pipi kanan cubit pipi kiri
    owh selamat malam kak mia ku sayang.....

    just nk cakap gudnite kak mia, kekeke pantun entah pape dr kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketawa terbahak tidak terkira
      lawak sungguh si labu labi
      ucapan diterima penuh mesra
      selamat malam juga ya baby

      *fiuh... hehehe

      Delete
  3. pantung 2 kerat...

    bile sakit jerit arghhhh,
    perghhh

    bleh trime kan? nk jugak mnyelit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugalah paly.. kat belakang tu sama hhh... cuma pitching je lari... hehehe

      Delete
  4. hahahaha paly ni klkr ^^

    kak mia saya pun kdg2 lps baca entri kwn kalau mood tu tgh best,mmg suka komen berpantun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la paly ni.... buat lawak pula dah malam2 macam ni... hehehe seronok layan...

      ooo bagusnya alea.. tapi kalau nak berpantun kena ada mood baik baru cepat siap...

      Delete
  5. Salam manis buat Mia dear dari Kak Ummi. :D

    Cenderawasih pesona buana indera kayangan,
    Terimakasih Mialiana blogger kesayangan.. :D

    Rampai timun dijamah berselera,
    Aduh selasih terkena arang;
    Pandai berpantun peramah dan mesra,
    Sungguh ku kasih Mialiana seorang.

    p/s Segannya Kak Ummi.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi sungguh cita-cita
      lembut lidah dari suara
      terharu sungguh tidak terkata
      moga ikatan terjalin mesra

      p/s: mia pun segan juga.. ;)

      Delete
  6. Mia dear, terimakasih kerana sudi membeli pantun Kak Ummi, cantiknya pantun Mia... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak ummi. terima kasih sudi support blog ini. ala... mia tak reti sangat pantun... pantun kak ummi lagi hebat...

      Delete
  7. mia pon hebat jugak berpantun...kalau bg pcl pasti terkebil2 nak jawab. tinggi nilainya warisan budaya kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk heheheh pcl ni... sekali sekala berpantun apa salahnya... inilah warisan kita untuk generasi akan datang..

      Delete
  8. waaa. xreti sgt bab berpantun nih. kihkih.

    ReplyDelete
  9. morning kak mia ;)
    wa, kreatip sungguh berbalas komen by pantun gitu :D

    ReplyDelete
  10. berpantun sakan....nie orang Melaka nak berpantun....

    sayang selasih di tepi pantai,
    dimain oleh anak tenggiri,
    biar berkasih bergolok gadai,
    daripada hidup seorang diri......

    ReplyDelete
  11. seronok klu pandai berpantun ni ye... yati tak pandai sgt nak reka2 pantun ni

    ReplyDelete
  12. amboi seronok berbls pantun..hehe nk rangka ayat pntun ni yg den lomah ni..huhu

    ReplyDelete
  13. dah berkenalan..selalu juga berpantun dgn kak ummi

    ReplyDelete
  14. best baca pantun orang lain punya tapi kita tak pandai nak reka hehe

    ReplyDelete
  15. hehe..memang dah kenal dengan akak ummi. Blog akak ummi pun banyak pantun2..Memang menarik. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok je terasa bila ke blog kak ummi kan aini...

      Delete
  16. assalamualaikum PCL...seronoknya berbalas pantun...;)

    ReplyDelete
  17. nak balas gak

    banyak info dari semua blogger
    tidak kira laki dan perempuan
    ia dapat eratkan silatulrahim sesama blogger
    akhlak mulia kita amalkan

    (^_^)

    ReplyDelete
  18. amboih bila kak mia berpantun tu, hehehe

    ReplyDelete
  19. Aiyoooo.. tak berapa mahir berpantun,.,

    ReplyDelete
  20. Mudik ke hilir mencari bunga kantan
    Mudik ke hulu memancing ikan
    Biar berpatah arang, berkerat rotan
    Tapi pantun jangan dilupakan

    Ok ka? haha

    ReplyDelete
  21. saya xberapa pandai berpantun . hehe :)

    ReplyDelete