Memandangkan tempohari Eca ada tanya bagaimana cara-cara nak buat dynamic view untuk blog, dalam entri ini Mia akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya.

Perlu diingatkan bahawa tutorial ini hanya terpakai untuk blog yang menggunakan platform blogspot sahaja.

Cara-cara Nak Aktifkan Dynamic View Untuk Blog

1. Pergi ke Settings > Other > Site Feed. Di ruangan Allow Blog Feed, sila pilih Full dan kemudian Save Settngs.
2. Cuba buka browser baru dan masukkan URL blog anda diikuti /view/timeslide untuk melihat paparan blog anda dalam timeslide dynamic view.

Contohnya : http://www.mialiana.com/view/timeslide dan paparan akan muncul seperti di bawah.


3. Anda juga boleh cuba jenis dynamic view yang lain seperti di bawah. Sila gantikan mialiana.com kepada URL blog anda.
Selamat mencuba...

dynamic view untuk paparan secara interaktif...