Tempohari Mia ada cerita dalam entri SINI yang Mia sedang membuat perubahan coding pada template dan kedudukan widget di side bar blog. Ternyata perubahan itu telah siap dan hasilnya adalah seperti ini...

Kedudukan widget di side bar blog telah diperkemaskan lagi dengan memasukkan widget Search Box bagi memudahkan carian kepada entri-entri lama blog ini, widget Like Me! Follow Me! mengandungi button Like Fanpage Mialiana.com dan button Follow Twitter @mialiana. Di bawahnya pula Mia masukkan widget Blog Follower dan Google+ Follower secara bersebelahan. Seterusnya, Mia letakkan widget Follow By Email supaya pengunjung senang nak subscribe entri blog melalui emel.


Ruangan side bar blog diserikan lagi dengan penggunaan tabber widget yang menggabungkan Shoutbox, Blog List, dan Archive. Manakala Stats pula hanya mengandungi networkedblogs, site info alexa dan page rank google.

Nampaknya setakat ini hanya widget-widget ini sahaja yang penting bagi Mia dan perlu dikekalkan.

Jika perasan di bahagian bawah sekali side bar blog, Mia telah meringkaskan nama top 10 pengkomen tegar Mac 2013 menjadi 2 baris. 

Shortcut menu di bawah header pula Mia masukkan page baru iaitu Label di mana ianya menggantikan widget label yang sebelum ini berada di dalam tabber widget. Semua label dalam blog ini dipaparkan di dalam page Label tersebut.

Diharap anda semua akan suka dengan perubahan ini. Semua ini demi keselesaan dan menjaga mood anda semasa berkunjung ke sini. Terima kasih ya... kalau boleh, datanglah lagi...

lebih ringkas... lebih kemas... lebih ringan...