Tempohari Mia ada cerita dalam entri Kit Jom Bertindak Sempena PRU13 yang Mia ada daftar untuk dapatkan Kit Tindakan ini. Ternyata telah pun selamat sampai pada hari semalam. Mood terus tidak sabar nak keluar mengundi pada hari Ahad, 5 Mei 2013 nanti. 

Alhamdulillah, Mia terima set Kit Tindakan ini dengan lengkap dan sempurna seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Kit Jom Bertindak - Buku Panduan Mengundi, beberapa keping pelekat, sticker pelekat kereta, pin kolar dan pen 



Isi kandungan Buku Panduan Mengundi
  1. Pengenalan
  2. Adakah Anda Boleh Mengundi?
  3. Semakan Status Pemilih Anda
  4. Siapakah Yang Tidak Layak Untuk Mengundi?
  5. Maklumat Mengenai Calon-Calon Pilihan Najib Razak
  6. Tips Berguna Untuk Mengundi
  7. Cara Untuk Mengundi
  8. Soalan-Soalan Popular
  9. Cara Mengundi Dengan Betul
  10. Pembetulan Maklumat Pemilih
Memang menarik buku panduan ini, keterangan dan penjelasan bergambar bagi memudahkan kita memahaminya. Amat sesuai bagi yang mereka baru kali pertama ingin keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 ini.


"Saya pilih untuk mengundi"
"Undi saya adalah rahsia"

ingatkan tak sempat sampai sebelum mengundi...


Entri berkaitan :
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13
Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak 5 Mei 2013