Akhirnya pada hari ini, blog Protege Mia telah berada di bawah 100,000 ranking Alexa.com dan juga pernah berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Syukur, alhamdulillah. Dengan ini, Mia ingin memperkenalkan...


Seorang blogger personal lelaki yang berkerjaya dan telah berkeluarga, bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Rajin dan komited dalam bidang blogging. Berusaha untuk menguasai dan mempelajari ilmu yang diturunkan daripada Mia. Ilmu dari blogger personal juga. Mia rasa gembira telah berjaya mendidik Eraz.

Terima kasih kerana sudi menjadi Protege Mia yang pertama.

Eraz Fadli

Banyak perubahan yang telah dibuat ke atas blognya. Begitu juga cabaran dan dugaan yang dihadapi ketika notebook rosak. Tapi masih mampu update blog dan lakukan aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang. Syabas ya Eraz. Kagumnya Kak Mia dengan semangat sungguh-sungguh yang ada dalam diri Eraz. 

Semoga maju jaya di masa akan datang. Keep in touch always...

bakal mencari protege yang kedua selepas ini...