Maaflah. Baru sekarang Mia sempat update blog. Pagi tadi sibuk membuat pindaan pada slide presentation powerpoint untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) yang dihadiri oleh pengurusan atasan. Memang sibuk betul. Mesyuarat bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.15 tengahari. Semua kakitangan Unit ICT terlibat.

Alhamdulillah, baru boleh menarik nafas lega sekarang. Apa yang dibentangkan dan dicadangkan oleh Bos Mia mendapat persetujuan ahli jawatankuasa mesyuarat. Semuanya telah selesai dan hanya perlu buat minit mesyuarat dalam beberapa hari ini untuk edaran dan tindakan seterusnya kepada bahagian yang terlibat.

tak sempat nak monday blues...