Hari ini kira sesi membayar hutang blogwalking. Entah ke mana saja selagi termampu. Tiba-tiba pula Mia macam nak guna semua ayat yang sama. "Yuhuuuu Mia Datang Ni" disertakan dengan nama tuan blog dan siap komen entri lagi... Cuma ada satu blog sahaja yang Mia  guna perkataan "Salam".

printscreen cbox Sharina

Walaupun tidak dapat balas jejak kesemuanya huhuhuh... banyak betul tu dalam list. Dengan berbekalkan broadband yang merangkak macam siput ini (kuota dah habis, asyik download video sahaja). Memanglah semangat kena kuat. Sambil tunggu blog yang dikunjungi habis loading, sambil itu dapatlah buat kerja lain di rumah ini. Kiranya multi-tasking lah ni.

Kalau rasa-rasa dah lama Mia tak datang ke blog... nanti roger-roger lah kat Mia. Bila free nanti, Mia akan blogwalking....

sebab itu kena ringankan blog ini.. supaya tuan punya blog senang nak buka blognya...