Untuk blog ini, Mia telah aktifkan fungsi Comment Moderation untuk entri-entri lama yang telah melebihi 60 hari bagi tujuan pemantauan komen. Kalau untuk entri terkini di dalam blog, akan terus publish secara automatik.

Bukannya apa, sejak akhir-akhir ini, Mia terima banyak komen yang berunsurkan spamming daripada anonymous pada entri-entri lama blog ini. Jadi, bila dah buat Comment Moderation ini, barulah senang sedikit nak buang komen spamming tersebut.

Cara-caranya :
  1. Pergi ke dashboard blogger
  2. Pilih Settings > Posts and comments > Comment
  3. Di ruangan Comment Moderation, pilih Sometimes. For posts older than 60 days untuk 2 bulan. Kalau nak sebulan, letaklah 30 days. Terpulang pada kehendak masing-masing
  4. Dah siap, Save Settings

klik pada gambar untuk besarkan

Lega betul rasanya selepas menukar kepada setting ini. Semua komen pada entri yang telah lebih 60 hari akan masuk dalam Awaiting Moderation. Senang sedikit Mia nak semak dan hanya akan publish komen yang bukan spam.

sebelum ini tidak berapa kisah sangat, sekarang baru kisah...