Layout Side Bar Blog Terkini Paling Sukar Dibuat

Nak tahu tak apa sebenarnya punca masalah Mia yang dimaksudkan dalam entri Buat Perubahan Pada Blog Tetapi Tidak Berjaya. Sebenarnya, Mia tengah cuba-cuba nak buat layout side bar di bahagian atas 1 column, di bahagian tengah 2 column dan di bahagian bawah 1 column berbeza dengan yang asalnya 1 column sahaja.

Ini semua gara-gara nak meletakkan widget Google Friend Connect dan Google+ Follower bersebelahan. Senang nak follow dan tidak ambil banyak ruang. Cita-cita tingginya tapi boleh dicuba.

Macam-macam blog tutorial yang Mia cuba. Ternyata layout side bar blog yang diidamkan paling sukar dibuat. Bila tidak berjaya, Mia tukar kepada layout blog yang asal. Oleh kerana ingin juga menunaikan hasrat di hati ini, Mia tetap usaha dari sehari ke sehari di waktu malam sehinggalah akhirnya layout side bar blog yang dikehendaki berjaya dibuat. Lebih kurang dalam 2 atau 3 tutorial yang Mia ikut. Kalau disuruh Mia buat balik semula pun belum tentu jadi. Bak kata orang, try and error. Bila dah jadi, terus Mia tak usik apa-apa coding lagi.

Inilah hasilnya, layout side bar blog terkini.... jenuh juga nak buatnya... ada dikisahkan dalam entri Blog Berubah Wajah


Mungkin bagi sesetengah blogger rasa macam kacang tapi tidak... bagi Mia. Mia bukannya boleh mengadap blog 24 jam. Hanya waktu malam sahaja yang sempat nak belek coding.

 tertunai sudah hasrat di hati... luahan ikhlas di malam hari...

Post a Comment

42 Comments

  1. gigih kak mia..hehehe...skrg pusing sikit tgk koding blog..ntah napa semakin mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo takpe eca.... kena ada mood baru boleh usik coding....

      Delete
  2. akak ada simpan x link tutorial yang berjaya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai... main buat je sampai terlupa nak simpan. kak mia search kat google guna keyword split side wrapper to 2 columns dan satu lagi, change 1 column sidebar blog to 2 column...

      Delete
  3. kakmia..eca klik pada archive/..nice one laa idea mcm tu.nnti tunjuk ajar ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yang tu guna dynamic view... pilih timeslide punya template. tak silap kak mia, semua yang guna platform blogger boleh buat macam ni...

      Delete
  4. ehehe hebat2..ajar la kite org sekali.sharing is caring kannnn :p
    pe pun tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia main search je kat google , harith. cuba guna keyword yang kak mia beritau dalam balasan komen cik kumbang kat atas...

      Delete
  5. hehe yg penting dah sukses...skang ni bahagian follow memfollow semuanya setempat...mmg terbaik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah timi... memang itulah matlamatnya...

      Delete
  6. terbaek kak mia.. cam susah gak nk buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq paly... memang susah pun sebab tak pernah buat. kena ada mood baru boleh jadi....

      Delete
  7. terbaik kak mia ! =) carl awal-awal angkat tangan tak reti bab coding. susah sangat nak buat. kadang-kadang 2 3 hari tak siap-siap. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks carl... boleh aje tu. buat pelan2... lambat siap pun takpe... janji menjadi...

      Delete
  8. assalamualaikum mia...wah bestnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... memang best sangat bila dah menjadi....

      Delete
  9. best kak mia...semakin ringan blog akak nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks remy... memang itu yang kak mia harapkan...

      Delete
  10. yer ler kekadang kita try n error...tapi bila dah try n ok...sukanya hati bukan kepalang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak sukma.... rasa suka sangat... puas gitu...

      Delete
  11. ye la tuh,sudah dengan layout blogger yang sekarang,agak susah nak coding hohoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun salah satu faktor alice.... mula2 memang kekok. bila dah terbiasa akan rasa mudah nnti...

      Delete
  12. gigihnya kak mia. usaha tangga kejayaan. miza pun belum tengok lagi coding n cara nak edit blog yang terbaru. dah banyak perubahan kan ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks miza... memang banyak perubahan. mungkin agak kekok pada mulanya ..

      Delete
  13. Wah..hebatlah kak mia. Tahniah. Hehe..susah tu, bukan senang nak menghadap coding. Sehari buat belum tentu jadi.

    ReplyDelete
  14. Memang best kalau semua setempat, nampak lebih kemas pun.

    ReplyDelete
  15. memang nampak lebih kemaslah mia, sy nak mintak tlg sikit. boleh tak mia buat tutorial macam mana nak buat border kat kiri kanan blog,saya cuba cari kat tutorial yg ada, tapi tak jumpa yg saya inginkan..tq mia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear... rasanya ada tutorial yang blogger dah buat. kena pandai search. pastu tadi kak mia dah bagi beberapa url blog tutorial kat shoutbox. nanti cubalah...

      Delete
  16. Nak buat sebelah menyebelahlah ni Mia....hehe... dah jadi pun kan

    ReplyDelete
  17. wat msa ni xlalu nk tukar2 lg nnt lah..penatt hehee..kang xjd mgamuk sorg2 heheee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila time tenang je boleh buat, shida... perlu banyak kesabaran...

      Delete
  18. eceh berpantun pulak di hujungnya.. hehe.. anywy usaha akak berhari2 mmg berbaloi baloi smartt :DD

    ReplyDelete