Simptom Awal Gangguan Jin

Mia cukup tertarik dengan topik ini apabila nampak rakan facebook share dan terus Mia berkenan nak kongsikan di dalam blog buat rujukan semua. Gangguan jin juga sebenarnya bahaya dan boleh memudaratkan kita. Kita kena sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku secara mendadak dan pelik sama ada pada diri sendiri, keluarga atau rakan sekeliling. Kemungkinan besar datangnya daripada gangguan jin.

Jika benar-benar terjadi hendaklah segera berjumpa dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. 

Sekadar panduan kita bersama. Gejala-gejala atau simptom awal gangguan jin.
  1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  19. Malas beribadat.
  20. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  21. Panas baran.
  22. Sikap berubah secara mendadak.
  23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  24. Suka melakukan tabiat buruk.
  25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  26. Kerap keguguran.
  27. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  28. Mengantuk bila dengar al-quran.
  29. Bermimpi seram yang menakutkan.
  30. Darah haid turun lebih 15 hari.
  31. Batuk yang berpanjangan.
  32. Selalu ditindih ketika tidur.
  33.  Kuat berangan.
  34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  35. Nafsu seksual yang melampau.
  36. Selalu melihat kelibat di rumah.
  37. Terasa diri selalu diperhatikan.
  38. Mandul.
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  40. Melihat jin secara terus.
  41. Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

sumber : facebook

sentiasa berzikir...