Bebelan Di Tengah Malam - 6

Mialiana.com : Sehari dua hari ini tengok macam takde mood je? Susah hati pasal apa?

Mia : Eh! Takde apa-apa lah. Cuma agak sibuk sedikit dengan kerja ad-hoc, buat design dan printing untuk event esok. Memang moody sedikit sebab asyik batuk je memanjang. Nak update blog pun macam blank hari ini.

Mialiana.com : Kena makan ubat tu... takleh biarkan nanti melarat. Ni ada benda nak beritahu sedikit ni.

Mia : Ok... thanks. Nak beritahu apa tu?

Mialiana.com : Rank MY Alexa sudah makin merosot, tapi 259 masih ok lagi. Nasib baik Global Rank Alexa meningkat 40,314. Biasalah tentu ada pasang surutnya.

Mia : Susah skit nak maintain sekarang ini, masa nak blogwalking pun terhad. Internet pun kena akses dari handphone. Tapi takpelah... akan sentiasa update macam biasa.

Mialiana.com : Ok, good. Ni ada satu perkara lagi nak beritahu.. Tentu nak buat segmen bloglist tu esok kan? Ala... takyah lah esok. Buat je hari Isnin ni, sempat lagi tu.

Mia : Hmmm... akan dipertimbangkan. Elok juga tu. Buat 12 jam jugalah.

Mialiana.com : Dah jumpa ke belum protege baru? 

Mia : Entahlah... macam dah jumpa beberapa blog tapi masih pantau lagi. Pun masih ragu-ragu lagi nak teruskan ke tidak... terasa ilmu di dada macam belum cukup lagi...

Mialiana.com : Ala... takyah difikirkan sangat. Buat je yang termampu. Takpe take your time. Dah lewat ni. Itu jelah yang penting nak dibincangkan tadi. Have a good rest..

Mia : Ok.. good nite...

sekadar meluahkan...