Sebagai persediaan sebelum mengundi pada 5 Mei 2013 nanti, sebaiknya kita baca dahulu Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak bagi mengetahui cara-cara untuk mengundi dengan betul dan juga sebagai pengenalan kepada para pengundi yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) 2013 ini. Sekurang-kurangnya, kita telah bersedia dan boleh mengundi dengan tenang dan bijaksana.

Isi kandungan Buku Panduan Mengundi
  1. Pengenalan
  2. Adakah Anda Boleh Mengundi?
  3. Semakan Status Pemilih Anda
  4. Siapakah Yang Tidak Layak Untuk Mengundi?
  5. Maklumat Mengenai Calon-Calon Pilihan Najib Razak
  6. Tips Berguna Untuk Mengundi
  7. Cara Untuk Mengundi
  8. Soalan-Soalan Popular
  9. Cara Mengundi Dengan Betul
  10. Pembetulan Maklumat Pemilih

Mungkin ada yang telah menerima Kit Jom Bertindak selepas mendaftar di http://www.1malaysia.com.my ataupun mungkin ada yang telah mendaftar tetapi belum lagi menerima kit ini. Pilihanraya pula hampir tiba. Jangan risau. Mia akan kongsikan Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak di sini.

Download Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak

Selamat membaca dan sesuaikan diri dengan persekitaran tempat mengundi nanti. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan memilih untuk mengundi. Undi adalah hak kita. Penentu pemimpin masa depan negara.

sokonglah yang terbaik dan boleh menjamin masa depan kita... 1 undi boleh mengubah segalanya..

Entri yang berkaitan :
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13
Kit Jom Bertindak Sempena PRU13 Telah Sampai