Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Hari ini, Sabtu 6 April 2013 adalah hari Sukaneka Tadika Ilham Sarjana. Kami sekeluarga, Mia, Suami Mia, Mak Mia dan Sofea hadir dan masuk pelbagai acara yang disediakan. Majlis bermula dari waktu pagi sehinggalah waktu tengahari.

Alhamdulillah, dapat juga kami menggondol hadiah dalam acara-acara berikut :
  1. Johan lumba makan biskut (biskut dari dahi turunkan dan masukkan ke dalam mulut) - Suami Mia
  2. Johan boling kelapa - Mia
  3. Naib Johan boling kelapa - Mak Mia
  4. Johan baling belon berisi air - Mia dengan Mak Mia
  5. Naib Johan pancing botol dan masukkan air dengan span ke dalam botol - Suami Mia, Mia dan Sofea
  6. Tempat ke 3 bola beracun - Sofea
  7. Cabutan bertuah - sanyo frying pan
Acara yang tidak berjaya :
  1. Kupas kulit kentang - Mak Mia
  2. Pertandingan mewarna - Sofea
  3. Bawa bola ping pong dalam sudu - Sofea
  4. Boling kelapa - Suami Mia
Jom tengok gambar-gambar kami... zasss...

Mia dengan Sofea.

Suami Mia dengan Sofea.

Hadiah cabutan bertuah.

Banner sukaneka yang comel.

Suami Mia, Johan lumba makan biskut. Bukan senang nak turunkan biskut dari dahi ke mulut.

Cubaan boling kelapa. Pilih kelapa yang sesuai.

Mia, Johan boling kelapa. Dapat jatuhkan 13 botol air.

Mak Mia, Naib Johan boling kelapa. Dapat jatuhkan 12 botol air.

Suami Mia tidak berjaya dalam boling kelapa. Balingan tersasar.

Sofea dapat tempat ke 3 bola beracun. Suka sangat bila dapat piala.

Mia dengan Mak Mia, Johan baling belon berisi air. Mia baling belon pada Mak Mia. Nasib baik belon tidak pecah.

Hadiah hamper, cabutan bertuah dan piala.

Hadiah cabutan bertuah - sanyo frying pan.

Gembiranya kami sekeluarga dapat pulang dengan hadiah yang sebanyak ini. Memang betul-betul tidak disangka. Syukur sangat....

mood ceria sekeluarga...