Sebelum waktu tengahari tadi, ada rakan sepejabat beritahu tayar belakang kereta Mia sebelah kiri telah pancit habis. Aduh... terus risau dan pergi tengok kat kereta. Betul-betul kempis.

Terus minta bantuan rakan sepejabat lelaki untuk buka tayar dan pasang tayar spare. Mula-mula memang ketat nak buka skru. Macam-macam cara dicubanya dan akhirnya boleh dibuka dan pasang tayar spare buat sementara waktu. Cuaca agak panas masa itu.

Rupanya ada besi kecil telah menusuk ke dalam tayar. Mia tidak perasan. Pagi tadi elok sahaja masa pergi kerja.

Ini adalah kali keempat tayar pancit sejak Mia menggunakan kereta ini. Sayangnya... baru sahaja tukar tayar baru beberapa bulan lepas. Kisah tayar pancit sebelum ini, kali kedua dan kali ketiga.









Masalah selesai apabila pergi ke kedai kereta yang berdekatan dengan pejabat. Besi yang melekat terus dicabut dan lubangnya ditampal. Tayar spare dibuka dan disimpan. Tayar tadi dipasang semula. Alhamdulillah.... leganya..


Nasib baik ada rakan-rakan sepejabat. Kalau Mia seorang memang tidak boleh buka tayar itu. Terima kasih ya...

mood hari ini sedikit terganggu...
Published with Blogger-droid v2.0.6