Buat Perubahan Pada Blog Tetapi Tidak Berjaya

Beberapa hari ini, Mia ada buat perubahan sedikit untuk blog ini selepas membelek beberapa blog tutorial. 3 hari lepas, berjaya. Tetapi hari ini, tidak berjaya pula cubaan Mia itu.

Tidak mengapa, Mia tambahkan lagi masa sampai minggu depan, nak tengok jadi atau pun tidak coding yang ditambah. Sekiranya dalam tempoh ini, anda nampak blog ini agak kucar-kacir sedikit, harap jangan terkejut sebab Mia sedang belajar membuat perubahan baru pada blog. Sekiranya sehingga minggu depan masih tidak berjaya juga, Mia akan kembalikan coding kepada yang asal semula.

Entah apa-apa sahajalah Mia ini. Tidak boleh duduk diam. Bila dah blogwalking, sudah tentu baca macam-macam jenis artikel tutorial, kemudian tergerak hati nak cuba walaupun tidak tahu sangat. Mia memang suka bab-bab cuba ini.

kalau tidak berjaya juga tidak mengapa, asalkan dah mencuba.... (^_^)