Sebenarnya dah lama Mia nak justify alignment entri di blog supaya nampak kemas, terutamanya di laman utama blog. Walaupun, semasa update blog kita dah justify kan alignment, namun apabila menggunakan fungsi read more (entri dipendekkan dan bila diklik readmore akan paparkan keseluruhan entri), paparan di laman utama blog tidak dapat di justify kan. Agak kurang kemas.

Jadi Mia ada ubah sedikit coding html di dalam blog dengan menambah satu baris coding yang berwarna biru.

Mia masukkan coding text align justify di dalam post-body (ikut printscreen di atas, coding yang highlight biru) supaya paparan entri menjadi justify. Kalau nak buat, sila taip betul-betul ya ejaannya dengan kedudukan : dan ; yang betul. Kalau silap taip, coding tidak akan menjadi.

Dan inilah hasilnya....


Nampak lebih kemas apabila buka laman utama blog. Kepada yang menggunakan fungsi read more di blog, bolehlah mencuba cara ini.

Selamat mencuba!

siapa yang dah berjaya, sila roger di sini ya.... terima kasih..