image Bebelan Di Tengah Malam - 9 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 20 September 2013

# From Me # Work Matters

Bebelan Di Tengah Malam - 9



Mia sebenarnya rasa ada banyak idea nak update blog. Tapi itulah nak cakap macam mana. Masa itu cukup untuk kita cuma kita sahaja terasa macam masa tidak cukup untuk kita.

Ada beberapa entri yang masih dalam draft. Masih belum sempat untuk final touch up. Sejak dah guna handphone smartphone ni... rasa macam malasnya nak buka notebook. Kalau sibuk, Mia update blog dengan handphone. Balas komen di blog dan blogwalking pun guna handphone. Tak dapat nak buat semua. Buat yang termampu.

Sejak akhir-akhir ini, mood kerja Mia agak kurang sedikit. Bila berlaku perkara yang tidak betul yang sentiasa dianggap betul amat mengelirukan Mia. Bila perkara yang tidak betul harus dibetulkan tetapi tidak diendahkan, pun payah juga. Bila nak mengubah ke arah yang lebih baik tetapi terbantut di tengah jalan akibat hasutan orang lain, amat mendukacitakan. Bila apa yang dibuat tanpa mengharapkan balasan, tetapi tidak dihargai, terasa betapa tergurisnya hati. Bila ada yang hati busuk, mula putar-belitkan keadaan yang harmoni, cukup sakit hati dibuatnya apabila tahu kisah yang benar. Semua ini berlaku di depan Mia. Mia pun terasa juga tempiasnya. Itulah lumrah keadaan di tempat kerja. Ada yang negatif dan ada yang positif. Ada yang buat hal sendiri dan ada yang kaki bodek. Ada anak buah yang teruk buat kerja sedangkan bosnya tidak ambil berat hal itu. Yang boleh buat kerja akan disuruh buat kerja sampai tidak cukup masa. Yang tidak boleh buat kerja, dibiarkan entah ke mana. Pilih kasih pun ada juga. Yang buat salah akan sentiasa buat salah tanpa tindakan. Yang baik pula dituduh atas kesalahan orang lain. Yang suka mengata terlupa diri itu tidaklah sebagus mana. Mana-mana pun tentu ada, bukan? Bila difikirkan betapa beratnya dipikul. Bila dibiarkan, esok lusa pun terfikir juga. Nak bersuara pun tidak ada gunanya. Pangkat pun tidak sebesar mana. Bila disimpan meranalah hati. Bila diluahkan, terasa hilang bebanan.

Hanya mampu muhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua agar kita sentiasa dilindungi olehNya.

sekadar luahan... usah ditanya kenapa...


posted from Bloggeroid

34 comments:

  1. apa yg boleh kita lakukan kini ialah 'sabar'.. kerja ramai2 mmg cenggitu

    ReplyDelete
  2. ragam kehidupan kak mia..hanya mampu bersabar.. ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera kepada Semua Blogger. jom join giveaway ni dan menang hadiah menarik... novel, gelang top4, kerongsang dan anda berpeluang letak artikel dlm mjlah.... jom join sekarang..

    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2013/09/awesome-giveaway-by-tasha-aqisha.html

    Hadiah awesome
    novel x1~ tasha aqisha
    artikel dpt masuk majalah flip inspikreatif (http://flip.it/zdGb7)~majalah flip

    top up RM10 X3~ mizi
    top up RM5 x2~ haida husmey
    exco replica photocard x1~ zack
    keychain x1~cyah
    gelang x1~cyah
    keronsang mutiara sabah x1~ presla
    Bracelet x1~ syifaul

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam tasha... terima kasih atas jemputan ini.

      Delete
  4. doakan pada kengkawan kita di pejabat dan kepada boss kita semoga ada laluan terbaik dalam pekerjaan......

    ReplyDelete
  5. ye sis..selalu begitu..kita selalu diadili tanpa di hakimi...

    ReplyDelete
  6. tak apa sis. kalau busy buat yang penting dahulu =)

    sabar sis momoy pun pernah alaminya
    bila jasa dan diri tak dihargai, momoy nekad angkat kaki
    time tu baru bos dan yang lain buka mata
    terasa perit bila mana sayap kanan projek dah tak ada
    menyesal pun tidak berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the support, sis moy. kak mia just nak luahkan saja..

      Delete
  7. banyakkan bersabar kak. lumrah kehidupan kan. HEHE

    ReplyDelete
  8. Lumrah umat akhir zaman. Ketuanya iblis, bertenterakan syaitan2 dan pekerja2nya golongan jin. Jin ini selalu di cari oleh manusia untuk kerja2 memuaskan nafsu2 manusia dan orang tengahnya bomoh2. Percayalah hanya pada Allah yang satu/esa. Sebaik2 jin adalah sejahat-jahat manusia. "Berfikirlah sejenak...."

    ReplyDelete
  9. Normal dh mna2 pun sama kak mia.. Ikhlas kan hati dalam mencari keredhaan Ilahi dan rezeki yg halal... :-)

    ReplyDelete
  10. sikap pilih kasih tu akan merosakkan institusi

    ReplyDelete
  11. Tak ape kak mia. InshaaAllah Allah beri lagi rezeki kepada kak mia bila kak mia sabar :)

    ReplyDelete