image Felda Residence Tanjung Leman : Baru Sampai - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 18 September 2013

# Advertorial # Family Matters

Felda Residence Tanjung Leman : Baru Sampai

Wahhhh... bestnya. Percutian 3 hari 2 malam di Felda Residence Tanjung Leman amat mengujakan. Apatah lagi, seminggu sebelum itu, Mia dan Suami Mia telah pun membelek-belek di internet dan lihat gambar-gambarnya. Memang cantik sangat. Sofea adalah orang paling tidak sabar. Saban hari asyik bertanya... bila.. bila.. bila..

Hari itu, hari Jumaat 13 September 2013, Mia ambil cuti untuk kemas baju dan buat persiapan percutian satu keluarga ini.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Tanjung Leman mengambil masa 2 jam. Suami Mia pandu kereta ala-ala santai. Kami melalui highway Senai - Ulu Tiram kemudian menuju ke Jalan Kota Tinggi - Mersing.

Jemput tengok gambar kami.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Seronoknya Sofea nak pergi bercuti.

Dari bandar Senai.

Keluar dari highway Ulu Tiram. Tol RM 3.70.

Hampir sampai ke Kota Tinggi dan terus menuju ke Mersing.

Kalau tak jumpa kubu lama ini, memang salah jalan lah..

Yahooo... dah nak sampai..

Pemandangan Felda Residence Tanjung Leman dari jauh.

Selepas check-in menuju ke bilik.

Pemandangan dari depan bilik.

Swimming pool yang besar dan luas.

Bilik kami 229, Superior Queen.

Sofea rehat atas tilam dengan patung kesayangannya, si bear, bee dan stitch.

Mia dengan Suami Mia di balkoni.

Pemandangan dari balkoni. Wahhh.. nampak laut. Seronoknya..

Perkara pertama yang Mia check ialah internet wi-fi. Siap test di tablet Suami Mia dan handphone Mia. Boleh buka blog Mia dengan cepat. Maklumlah Mia pengguna tegar internet, kalau tiada internet tidak keruan dibuatnya.

Bilik ini ada balkoni dilengkapi dengan mini peti sejuk, kemudahan membuat air kopi dan teh, sejadah, bilik mandi (air panas/sejuk) dan pengering rambut. Cukup selesa sekiranya ingin tilam tambahan.

Kami berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya bersambung di SINI. Peace... (^_^)

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Call Reservation Number : 07-7911155 / 07-7911188

mood teruja, happy, seronok.. tak sangka cantik betul tempat ini...

Entri berkaitan :
Felda Residence Tanjung Leman : Swimming Pool
- Felda Residence Tanjung Leman : Snorkeling
- Felda Residence Tanjung Leman : Island Hopping

72 comments:

  1. Replies
    1. kalau bilik yang sebelah sini memang nampak laut....

      Delete
  2. Dari riak wajah Sofea pun kakak dapat tahu gembiranya dia bukan kepalang.
    Kakak dah lama betul tak kesana Mia...

    ReplyDelete
  3. pernah g kursus kat sini.. not bad..dkt dgn pntai..sronok

    ReplyDelete
  4. boleh terjah..baru lg ke tmpt nih sbb x pernah dgr..haha.btw view cantek..hehe.

    ReplyDelete
  5. hoho..nampak seronoknya..hati-hati mandi laut

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak mia. bestnyaaa. sheila pun tak habis pusing Johor tu. berapa harga bilik kak mia? booking online ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila... harga ikut pakej yang ditawarkan. boleh book online atau call reservation.

      Delete
  7. bestnya holiday with family....tempatnya sure cantik,,,,akak tak pernah sampai lagi di sana....

    ReplyDelete
  8. wau..bestnya..selain pantai apa lagi yg best kat sni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti dalam ni pun ok... ada gym, karaoke, swimming pool... dan lain2...

      Delete
  9. Tak sabar pulak nak baca aktiviti yang boleh di buat kat sana. Kalau best boleh bawak anak2 bercuti ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu... mia update ke blog. ada link kan entri yang berkaitan...

      Delete
  10. tengok pun nmpak cantik.. hehe.. kak mia ni pergi bercuti pun blog tetap tak cuti jugak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tetap update seperti biasa sama ada melalui autopublish atau mobile.... hihihi

      Delete
  11. Seronoknya....selamat bercuti kak mia. Happynya sofea,tak lupa anak patung pun diangkutnya sekali bw bercuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kalau boleh, semua patung nak dibawanya.... pengsan.

      Delete
  12. Wah seronoknya...tentu sofea yang paling seronok....dengar cerita Felda Residence Tanjung Leman ini di buka pada 2009. Sy lama dah tak kesana last kesana pun 2006. Thanks Sharing

    ReplyDelete
  13. seronok dapat bercuti macam ni..dah hampir setahun tak pergi bercuti macam ni

    ReplyDelete
  14. apa aktiviti menarik kat sana kak? mcm best je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 aktivitinya.... jemput tengok koleksi entri felda residence

      Delete
  15. syoknya tengok.. tak pernah ke mersing lagi. nanti bila3 nak try ler =)

    ReplyDelete