image Jika Tiada Rezeki.... - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 26 September 2013

# Tazkirah

Jika Tiada Rezeki....

Tazkirah di pagi ini, untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini. Semoga kita akan sentiasa bersyukur atas apa yang kita ada.

Jemput baca...



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. 
Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

sumber : whatsapp

sekadar renungan.... saling ingat-mengingati..
posted from Bloggeroid

56 comments:

  1. Betul la.. dapat 1 ilmu pg nih..rzki kita xtahu.

    Jika tiada rezeki wang ringgit,
    mungkin diberikan rezeki kesihatan.
    Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
    harta dunia.

    ReplyDelete
  2. Betul sister... juga banyakkan/amalkan buat solat sunat dhuha...
    mudah2 an Allah murah kan rezeki kita... Insya Allah...

    ReplyDelete
  3. moga ada rezeki sy satu hari nanti..insyallah..

    ReplyDelete
  4. Thanks sis mia sharing.. sentiasa bersyukur dengan apa yg diperolehi
    tak semua orang dapat seperti yang kita perolehi sekarang.besyukur sangat

    ReplyDelete
  5. setuju skali..rezeki itu datang dari pelbagai sudut..x semestinya anak, harta, pangkat..boleh jadi rezeki itu seperti kebahagiaan..senang hati..tenang..etc..

    http://vitaminaisyah@blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam tu... kadang kita sendiri tak perasan bab rezeki yang datang dari sudut lain ni...

      Delete
  6. Betul tu...bersabar, bertawakal, berusaha, bersyukur, berdoa...Insya-Allah rezeki kita ada dimana2 dan ia sentiasa ada disisi kita cuma berlainan caranya..

    ReplyDelete
  7. betul tu kak mia. Semuanya dah ditentukan oleh Allah..semua yang berlaku aada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Maknanya, apa yang ada pada kita di saat ini, itulah rezeki kita.. redha dan usaha lagi..

    ReplyDelete
  9. rezeki Allah ada dmana2..yg pnting kita selalu berusaha..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak mia. alhamdullilah syukur. terima kasih untuk entri ni.. sheila suka :)

    ReplyDelete
  11. tuhan berikan yang terbaik untuk kita...mungkin tuhan xberi apa yang kita nak, tapi tuhan berikan apa yg kita perlukan

    ReplyDelete
  12. yup thanks sharing. bersykur dgn apa yg ada :)

    ReplyDelete
  13. fae suka ngan statements above! it somehow membuka minda fae, hati fae.. thanks kak mia! after this, fae x nak merungut lagi :D apa yang fae nak tapi x dapat coz Allah has something better for fae right :D

    ReplyDelete
  14. betul la kak mia..rezeki tu terlalu luas skopnya..lain orang lain bahagiannyakan kak..Allah pun tahu apa yang terbaik untuk kita sebenarnya..yang penting kita sentiasa bersangka baik padaNYA..always..

    ReplyDelete
  15. betul tu kak.. rezeki ada di mana2.. kalau bukan di sini, maka di situ lah.. klau tak ada di situ, maka di sana lah pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp aisya... pokok pangkalnya kita kena rajin berusaha...

      Delete
  16. Setiap percaturanNya mendahului perancangan kita.

    ReplyDelete
  17. yang penting sentiasa bersyukur kan sis?

    ReplyDelete
  18. rezki Allah itu meluas... InshaAllah

    ReplyDelete
  19. Rezeki ada dimana2, yg penting usaha... :-) & sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.

    ReplyDelete
  20. jika susah, renungkan org yg lagi susah.. pasti ada rasa syukur di situ... :)

    ReplyDelete
  21. yg penting bersyukur dengan apa yg kita miliki hari ni, menghargai apa yg kita ada.. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete