image Angry Bird Punya Pasal - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Sunday, 22 September 2013

# Family Matters

Angry Bird Punya Pasal

Tadi petang Mia dan Suami Mia jalan-jalan ke Danga City Mall. Dah lama tak ke sana. Saja nak tengok-tengok harga barang komputer dan kamera.

Penat berjalan, terus menuju ke medan selera tingkat bawah untuk minum petang. Tup-tup Sofea merengek nak Angry Bird. Nak masa itu juga. Tak nak tunggu minum dulu.

Kami batalkan terus hasrat nak minum kat situ sebab Sofea dah mula meragam. Mood tidak berapa baik agaknya hari ini.

Bila dah pergi ke kedai yang dia tunjuk, rupanya nakkan yang ni...




Ingatkan nak apa... Masa jalan manalah perasan sangat. Terus belikan satu belon Angry Bird ni untuk Sofea. Sukanya dia. Mood terus kembali ceria....

malam ni asyik main dengan ni saja...

34 comments:

  1. hehe..sofea ni..cumil kamu..angry bird..upin ipin..boboiboy..dah jadi fenomena kan kak mia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jua azura... naik penuh barang mainan dia dalam bilik...

      Delete
  2. budak2 kan..kalau tiba masa dia nak, time tu juga kena bagi..

    ReplyDelete
  3. la...nak belon angry bird jer, ingatkan nak teddy bear angry bird yg besar tu.....hehe

    ReplyDelete
  4. aloo comelnya sofea :) biasalah tu kak budak2 :)

    ReplyDelete
  5. hehe.. macam anak Rita Rudaini, obses dgn angry bird.. Kek Birthday pun mcm sofea jugak, angry bird.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la aisya.... kalau dah suka, semuanya nak angry bird...

      Delete
  6. hehehee....if tak ikut kerenahnya mesti mulut muncung panjang kedepan kan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau muncung, takpe lagi fiza... ni siap kita ni tak sayang dia pula... skit2 je kata tak sayang...

      makin besar makin cerdik akalnya...

      Delete
  7. hahhaa..kene ikutkan..kang merengek sampai tak henti

    ReplyDelete
  8. budak2 memang macam tu .. adik lia pon slalu camtu, tpi xpe diorang kecik lagi, :)

    ReplyDelete
  9. Budak2 nampak mainan, mulalah nak tak dapat meragam. Mak bapak kena layanlah kerenah anak2. Tapi kalau anak2 buat yang salah kenalah marah.

    ReplyDelete
  10. ingatkan sofea merengak nak apa tadi ye..rupanya angry bird tu jerk...

    ReplyDelete