Review #8 - Kenapa mselim3 Memiliki Blog?


Tahniah diucapkan kepada mselim3 kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik mselim3...



"Siapa itu mselim3. Insan biasa sahaja,seorang suami,pekerja, dan juga seorang student di kolej swasta yang sama dengan mialiana.com .Kolej yang dimaksudkan itu ialah Open Universiti Malaysia. 

Sebenarnya mselim3 berkecimpung dalam dunia blog nie semenjak september tahun 2010. Namun tahun 2012, mselim3 mula aktif dan dikenali. Diawal dahulu mselim3 buat blog ini adalah untuk promote susu kambing kambing keluaran hr marketing. 

Tetapi setelah difikir-fikirkan mselim3 ambil keputusan "tukar angin" kepada blog yang lebih kepada islamik. Walaupun mselim3 belajar di oum dalam bidang pengurusan sumber manusia, tapi sangat-sangat meminati ilmu agama . Mselim3 mula membaca buku-buku ilmiah dan kongsikan di entry mselim3.

Di saat tu lah, mselim3 mula mempelajari pelbagai segi ilmu pengetahuan untuk bertahan dalam dunia blog ini. Dunia blog memerlukan kita mengetahui ilmu tentang nuffnang,seo,ping artikel melalui pembacaan untuk tambah ilmu tanpa jemu. 

Alhamdulillah...sekarang ini, mselim3 dah ada pembaca setia,dan kekawan yang tak putus-putus menyokong blog ini. Traffik blog mula meningkat di situlah baru kita rasa berbaloi-baloi kan... kata orang putih "no pain, no gain" tanpa kesakitan tiada kejayaan k...

Tujuan utama berblog ini, adalah sekadar berkongsi dengan kekawan tentang ilmu yang perolehi melalui pembacaan agar ilmu agama yang diperolehi itu dapat disebarkan2 kan untuk pengetahuan bersama. Fahamilah bahawa ilmu itu adalah satu anugerah yang dipinjamkan sementara untuk disebarkan untuk manfaat bersama."

Selanjutnya, sila klik SINI...

Sebenarnya Mia tidak sangka juga yang mselim3 pun belajar di OUM. Blog mselim3 pun semakin lama semakin bagus berbanding masa mula-mula berblog dulu. Sekarang pun memang dah ada ramai rakan blogger. Tahniah di atas usaha selama ini. Ternyata hasilnya berbaloi.

Setiap blogger ada motif dan tujuannya tersendiri. Tidak dinafikan masa mula berblog, memang tercari-cari identiti dan motif berblog. Lama-lama nanti akan juga temui apa yang kita inginkan. Bagus kalau dapat kongsikan ilmu di blog dan juga memberi manfaat kepada pengunjung. Apa-apa pun Mia nak ucapkan semoga mselim3 berjaya dengan blog islamik ini. (^_^)

jemput berkenalan dengan mselim3..

Post a Comment

13 Comments