Dapat Topup RM5 Apabila Jawab Kajian Online Ini


Mia nak war-warkan kepada semua pengunjung blog ini yang tergolong dalam kategori belia iaitu berusia umur 21 sehingga 40 tahun agar menjawab kajian ini. Jika tiada halangan, jawablah kajian ini dan sebagai ganjaran anda akan mendapat topup RM5. Tetapi hanya untuk 5,000 orang yang pertama sahaja.

Jemput baca sini...



KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA – KAJIAN PASCA PRU13 2013 : PANDANGAN GENERASI BELIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan Kajian Pendapat Awam Isu Semasa – Kajian Pasca PRU13 2013 : Pandangan Generasi Belia.

Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pendapat dan pandangan generasi belia yang terlibat dalam pilihan raya sebagai pemilih dari aspek pandangan mereka mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan generasi muda dalam membuat keputusan semasa mengundi serta sejauh mana persepsi mereka terhadap proses pilihan raya yang berlangsung pada 5 Mei 2013. Responden kajian adalah di kalangan belia yang telah membuang undi mereka pada PRU13 iaitu belia yang berusia 21 tahun hingga 40 tahun. Sebagai tambahan, anda boleh memajukan kajian ini kepada rakan sebaya bagi memberikan peluang kepada mereka menyertai kajian ini.

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya. Pembayaran top-up akan dibuat selepas pihak IPPBM menerima penyertaan 5,000 orang responden. Selepas menerima kod top-up, tuan/puan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.

Perhatian dan kerjasama Saudara/i amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Mohon klik pada URL berikut:

silakan menjawabnya dengan tenang...

Post a Comment

71 Comments

  1. ala... tak cukup umur lagi laa, hurmmm :(

    ReplyDelete
  2. congrats kak mia, kak mia gi cuba ayam goreng kari tu...he he he...pas tu bagi farah rasa boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah.... wahhh ayam goreng kari... nanti kak mia terjah sana..

      Delete
  3. Insyallah boleh try2 juga nie..thanks Mia atas information

    ReplyDelete
  4. oh mesti jawab ni...sedang loading..tq mia..

    ReplyDelete
  5. Wah.. Blh tmbh topup kt hp lama nih... Nk try gak lah...

    ReplyDelete
  6. wah cik akak nak try juga lah...
    mana tau rezeki memihak...hihi

    ReplyDelete
  7. Wah...tinggi ganjarannya...nk try juga ni...

    ReplyDelete
  8. alamak ....terlebih umur ler......hehe

    ReplyDelete
  9. kathy dah cukup umo ni..

    ReplyDelete
  10. wa, best la kak mia :)
    nak jawap juga la :D

    ReplyDelete
  11. Kalau Kak Mia tak buat entry, tak tahu tentang ni..

    ReplyDelete
  12. Ok,nak nak jawab juga..thanks sharing kak Mia...

    ReplyDelete
  13. saya dah dpt..nie dorg buat untuk kali kedua nyer..dia call mintak email..rm5 siapa nak bagi..hehe^^

    ReplyDelete
  14. Responden kajian yg turun mengundi PRU13 hari tu jadi tak layak lah nak jawab survey ni. :)

    ReplyDelete
  15. Wow lumayan jugak......cukup umur boleh jawab sekarang

    ReplyDelete
  16. mmg nk jawab ---- camana erkkkk nk kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawab je la... janji berisi borang tu. tq ya delimasari..

      Delete