Selepas aktiviti snorkeling, kami naik bot menuju ke Pulau Sibu, Johor untuk aktiviti Island Hopping kiranya macam jalan-jalan di sekitar pulau. Sebelum sampai, cukup teruja dengan pemandangannya yang sangat cantik. Memang betul-betul tempat peranginan atau percutian yang sangat menarik dan sangat memikat hati kami.

Jemput tengok gambar kami...

Kami di sini, Sibu Island Resort.

Sofea pun nak main juga alat muzik ni.

Di hadapan Sibu Island Resort. Ada kambing, merak, ayam, rusa dan lain-lain haiwan di Mini Zoo.

Swimming pool yang luas dan cantik.

Sempat tengok gelungsur air di sini.

Pemandangan chalet.

Tower Glass untuk pelbagai aktiviti teambuilding.

Sofea Sibuk main tolak dan tarik tali ni.

Sweet couple... hehehe

Puas Sofea bermain dengan rusa yang jinak ini.

Pon.. pon.. cepat naik, Sofea nak pandu ni...

Pemandangan tepi pantai dari jeti.

Gambar beramai-ramai di jeti Sibu Island Resort.

Sempat lalu Pulau Sibu Besar yang mempunyai penempatan penduduk.

Jeti di Pulau Sibu Besar.

Sofea yang paling teruja bila naik bot.

Walaupun penat, tetapi terpancar kegembiraan di wajah kami semua. Memang seronok dapat ke sini. Indahnya pemandangan semulajadi Pulau Sibu sehingga kini ianya menjadi daya tarikan pelancongan utama Negeri Johor bagi pelancong tempatan dan luar negara.

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Call Reservation Number : 07-7911155 / 07-7911188

terasa sekejap sangat masa berlalu.... balik sahaja ke Felda Residence Tanjung Leman terus cepat-cepat makan tengahari... mengisi perut yang berbunyi...

Entri berkaitan :
Felda Residence Tanjung Leman : Baru Sampai
Felda Residence Tanjung Leman : Swimming Pool
- Felda Residence Tanjung Leman : Snorkeling