Sejak akhir-akhir ini, Mia perasan shoutbox Mia ada mesej yang bukan-bukan dan juga ada yang menggunakan nama blogger famous untuk dapatkan klik ke iklan mereka. Bukan setakat hanya di shoutbox Mia sahaja, shoutbox di blog-blog lain pun ada juga. Malah menggunakan mesej yang sama dengan nama yang berlainan dan link yang berlainan. Kadang-kadang geram pun ada juga ni. Kalau tidak suka, boleh delete mesej itu ataupun terus banned ip address orang yang tidak bertanggungjawab itu dari shoutbox kita. Pernah terdetik di hati Mia, alangkah bagusnya kalau buang shoutbox. Tapi bila berblogwalking ke blog orang lain yang tiada shoutbox, susah pula nak tinggalkan mesej. Itulah lumrah naluri seorang blogger. Maka, tidak jadilah Mia nak keluarkan shoutbox dari blog ini.

Kenapa Mia masih kekalkan shoutbox sehingga hari ini? Kita kena tengok dulu, kepentingan shoutbox. Shoutbox dipasang di blog bagi memudahkan interaksi dengan pengunjung dan juga kalau-kalau ada mesej penting yang hendak disampaikan kepada tuan punya blog. Kadang kalau internet lambat macam siput, nak tinggalkan komen di entri tentu berkurun lamanya, maka shoutboxlah tempat yang paling sesuai untuk tinggalkan mesej.

Melalui shoutbox juga, kita boleh tahu blogger-blogger yang sedang aktif berblogwalking pada tempoh masa tertentu (sebab nampak waktu bila dia tinggalkan mesej di shoutbox), dan tentu kita rasa nak bertandang ke blog mereka juga. Mia kadang-kadang rajin juga blogwalking guna shoutbox blogger lain. 

Yang penting, jangan salah gunakan shoutbox untuk kepentingan diri sendiri. Tak berkat nanti. Jom kita berblog secara harmoni dan aman damai.... (^_^)

tak suka orang yang salahgunakan shoutbox... please go away..

Entri Berkaitan :
- Shoutbox Telah Berpindah Ke Page Sendiri