Keinginan suami yang terkadang tidak dapat dipenuhi oleh para isteri. Keinginan isteri yang mudah tetapi sukar dilaksanakan oleh pada suami. Terkadang kita tidak perasan yang kita sebenarnya terlalu memilih. Tetapi hakikatnya, kita perlu terima seadanya jodoh yang telah ditentukan untuk kita. Mari kita fikir sejenak...

sumber gambar : google

Sebahagian besar suami menginginkan isteri yang pandai memasak, pandai menjahit dan cantik... tetapi di zaman yang serba maju dan moden ini, apabila para isteri ada kerjaya sendiri, sudah tentu tidak mampu laksanakan keinginan suami yang tiga ini.

Tapi kita, para isteri.. tidak menginginkan apa-apa dari mereka selain 2 perkara iaitu tanggungjawab dan setia. Dalam kehidupan berumahtangga, 2 perkara ini adalah yang terpenting bagi menjaga keharmonian dan hubungan sekeluarga. Suami wajib bertanggungjawab ke atas keluarganya dan juga setia terhadap isterinya.


bersyukurlah dengan pasangan kita... jangan terlalu meminta yang tidak mampu ditunaikan..