Terus-terang Mia katakan ketika berblogwalking ke blog rakan-rakan, Mia ada perasan segelintir blogger yang memilih blog-blog tertentu untuk blogwalking. Macam ada pilih kasih sahaja...

Kenapa ya boleh jadi begitu? Memanglah kadang-kadang kita pun tiada masa nak blogwalking ke semua blog rakan-rakan blogger sama ada baru mahupun yang lama. Kita ini walaupun blogger masih terikat dengan komitmen lain seperti kerja, belajar, keluarga dan lain-lain.

Namun begitu, terkadang kita juga tidak perasan yang kita ini sebenarnya ada pilih kasih juga bila berblogwalking...
  1. Hanya blogwalking pada blog yang dikenali sahaja contohnya rakan-rakan blogger yang rapat
  2. Hanya blogwalking pada blog yang mempunyai page rank lebih tinggi daripada kita
  3. Hanya blogwalking pada blog-blog yang famous dan popular
  4. Hanya blogwalking pada rakan-rakan blogger yang selalu datang blog kita
  5. Hanya blogwalking pada senarai shoutbox sendiri atau shoutbox orang lain
  6. Hanya blogwalking pada senarai blog yang ada dalam bloglist sendiri atau bloglist orang lain
  7. Lain-lain yang tidak dinyatakan di atas.
Jeles betul dengan blogger yang boleh luangkan masa yang banyak untuk blogwalking. Mia sedar Mia tidak termampu. Hanya blogwalking mana yang sempat sahaja. Maafkan Mia ya...

agak-agaknya lah anda tergolong dalam kategori 1,2,3,4,5,6 atau 7?