Hari kedua, Sabtu 14 September 2013 adalah hari yang paling dinanti. Seawal pukul 8.15 pagi, Mia, Suami Mia dan Sofea bersama dengan beberapa orang yang lain telah bersarapan dan terus menaiki van untuk ke Terminal Jeti Tanjung Leman yang berdekatan dengan Felda Residence Tanjung Leman. Tidak sabar rasanya nak snorkeling di Pulau Sibu Kukus, Johor. Teruja sangat. Sofea pula baru kali pertama menaiki bot dan mandi laut. 

Jom tengok gambar kami.... (klik pada gambar untuk besarkan)

Sudah sampai Terminal Jeti Tunjuk Laut Tanjung Leman. Ada KFC di sini.

Kaunter tiket.

Boleh beli minuman dan snek di sini.

Menunggu ketibaan bot di jeti.

Sofea suka betul. Kali pertama naik bot. Meriah suaranya.

Dah sampai tempat yang dituju. Cantik betul pemandangan di Pulau Sibu Kukus ini.

Pasir pantainya yang putih dan bersih.

Sedang betulkan jaket keselamatan Sofea. Rimas betul dia pakai ni.

Penerangan penggunaan google snorkeling dengan betul.

Jom snorkeling.

Bila tengok kat dasar laut, ada ikan-ikan yang comel dan batu karang yang cantik.

Sofea main air laut saja.

Syoknya snorkeling. Jomlah ke sini.

Pemandangan dari pantai. Cantiknya batu karang ini.

Model baju renang kanak-kanak.

Selesai aktiviti snorkeling. Menuju ke bot.

Wahhh...seronoknya dapat snorkeling di sini. Puas menatap keindahan alam semulajadi dasar laut. Memang terbaik. Selepas ini, aktiviti Island Hopping di Pulau Sibu...

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Call Reservation Number : 07-7911155 / 07-7911188